Pengenalan

Selamat datang ke laman blog Sepit Biru. Kami merupakan pengusaha kolam penternakan udang galah (Macrobrachium Rosenbergii) yang bertapak di Kuala Kangsar Perak. Kami mempunyai 9 buah kolam ternakan yang rata-ratanya berkeluasan setengah ekar setiap satu. Kami juga mempunyai pusat pembenihan atau penetasan benih udang galah sendiri yang beroperasi di tempat yang sama. Kami telah beroperasi selama 10 tahun dan telah menerima lawatan para peserta krusus penternakan udang galah kelolaan Jabatan Perikanan Malaysia seramai kira - kira hampir 500 orang.



Perkhidmatan yang ditawarkan:
1) Membekal udang galah
2) Melakukan penghantaran terus ke pusat-pusat memancing udang galah
3) Membekal benih udang galah

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi.....

Khuzairy - 012-4501822
Hamid - 013-4302649

Thursday, March 11, 2010

Anak Udang Di makan Udang......

Teringat plak lagu anak udang n...Udang galah ni merupakan spesis haiwan yang bersifat memakan ape sahaja jenis makanan..Tidak kira la jenis bijirin, pellet, benda bukan hidup seperti kulit kerang, siput2, ubi, ikan dan termasuklah diantara sahabat2 Udang nye sendiri..

Disebabkan sifatnya yang boleh memakan antara satu sama lain inilah yang menyebabkan peratus hidup udang galah adalah rendah..Dalam penternakan udang galah, faktor pemakanan adalah antara yang penting bagi meningkatkan peratus hidup udang disamping aspek2 lain seperti kualiti benih dan mutu air..

Apa yang dikatakan tentang faktor pemakanan ini adalah dari segi jenis makanan dan juga kuantiti makanan..Walaupun udang galah ini boleh memakan pelbagai jenis makanan, namun adalah penting bagi penternak untuk mendapatkan makanan terbaik bagi ternakan mereka agar dapat menjana hasil yang tinggi dan menjimatkan masa serta modal..Makan makanan yang berkualiti badan pun sihat dan berkualiti la..Makanan yang berprotein tinggi adalah baik untuk udang galah..Makanan ini biasanya dalam bentuk Pellet yang boleh di perolehi di kedai2 makanan ternakan. Kandungan Proteinnye mencecah 30 hingga 42%..

Dari segi kuantiti pula, jumlah makan mestilah mencukupi dan ini tidak bermakna perlu membazir dgn memberi makanan secara berlebihan..Kuantitinya boleh dikira dgn menjalankan sampling dan pemerhatian berkala..Kebiasaannya kolam ternakan yang tidak mendapat makanan yang secukupnya akan menyebabkan udangnya banyak yang cacat anggota,contohnye hilang hampir semua kakinye,punggung udang pun dah tinggal separuh, sepit biru nye tinggal separuh..Kita juga boleh melihat di kepala udang tersebut..Jika kantung(perut) yang menyimpan makanannya penuh, maka itu adalah antara petanda udang kita mendapat makanan yang cukup..Ada juga yang menggunakan kaedah Tray untuk memeriksa kadar makanan udang ternakan mereka..

Suhu juga ada sedikit sebanyak memainkan peranan dalam pemakanan udang galah ni...Kalau suhu air tu terlalu sejuk, maka dia kurang aktif untuk makan.

Ape2 pun jgn nk jimat tak bertempat kerana hasilnya nanti kurang memuaskan..

1 comment: